{"id":2952,"date":"2021-02-24T16:21:21","date_gmt":"2021-02-24T16:21:21","guid":{"rendered":"http:\/\/alqudsmalaysia-001-site4.itempurl.com\/?p=2952"},"modified":"2022-06-10T08:06:30","modified_gmt":"2022-06-10T08:06:30","slug":"masjid-al-aqsa-sepanjang-zaman-para-nabi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/my\/2952","title":{"rendered":"Masjid al-Aqsa Sepanjang Zaman Para Nabi"},"content":{"rendered":"<p><!-- VideographyWP Plugin Message: Automatic video embedding prevented by plugin options. --><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt; color: #3366ff;\"><em>Oleh: <\/em>Dr. Sharif Abu Shammalah<br \/>\nCEO of al-Quds Foundation Malaysia<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\"><b><strong>Penubuhan Masjid al-Aqsa bermula sejak era Nabi Adam a.s.<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Sudah pasti bahawa para Nabi sebelum ini telah memuliakan masjid suci ini terutamanya mereka yang tinggal atau menziarahi Baitulmaqdis, mengikuti jejak ayahanda mereka Nabi Adam a.s. yang membinanya dan beribadat kepada Allah di situ.\u00a0(Ibn Hisham:\u00a0At-Tijan Fi Molok Bani Hemiar: p22).<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Allah yang Maha Besar telah memilih Baitulmaqdis sebagai rumah baru bagi Nabi Ibrahim a.s. setelah baginda menghadapi penindasan dan kesulitan dari kaumnya di Iraq.\u00a0Allah berfirman: &#8220;Dan Kami selamatkan dia (Ibrahim) dan Luth ke negeri yang telah Kami berkati untuk seluruh alam&#8221;.\u00a0(Al-Quran, 21:71).<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Sumber-sumber sejarah dan keagamaan menunjukkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s. tinggal di Baitulmaqdis baginda juga telah melawat Mekah dan membina semula Kaabah yang suci semasa salah satu lawatannya ke Mekah. Dengan perkataan lain, sumber yang ada tidak pula menunjukkan sekiranya Nabi Ibrahim a.s. telah membina semula Masjid al-Aqsa sebagaimana baginda telah membina Masjid al-Haram. Harus diingat bahawa Ibn Taymiyyah menyebutkan bahawa &#8220;Masjid al-Aqsa telah dibina sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.&#8221;. (Ibn Taymiyyah: al-Fatawa:\u00a027\/257).<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Beliau juga menyebut bahawa Masjid al-Aqsa ialah tempat beribadat sejak zaman Nabi Ibrahim a.s., beliau menambahkan lagi &#8220;Para Nabi telah mendirikan solat di Masjid al-Aqsa yang dibina pada zaman Nabi Ibrahim a.s.&#8221;\u00a0<sup>1<\/sup>. (Ibn Taymiyyah: al-Fatawa:\u00a027\/257).<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Nabi Lut a.s. telah mengiringi Nabi Ibrahim a.s. dalam perpindahannya ke Baitulmaqdis dan mereka menetap di sana di mana Nabi Ismail a.s. dan Nabi Ishak a.s. dilahirkan. Kemudian Nabi Ishak a.s. berputerakan Nabi Ya\u2019qub a.s.. Seterusnya Nabi Ya\u2019qub a.s. tinggal di Baitulmaqdis dan kemudiannya berputerakan Nabi Yusuf a.s., dan beberapa orang lagi cahaya mata. Keturunan mereka\u00a0 kemudiannya disebut sebagai Bani Israel. Di dalam sebuah kisah yang terkenal, Nabi Yusuf a.s. dan saudara-saudaranya, ketika baginda mengecamkan saudara-saudaranya di Mesir semasa musim kemarau, Nabi Ya\u2019qub a.s. berpindah ke Mesir sehinggalah baginda wafat di sana. Bagaimanapun, jenazahnya dihantar semula ke Baitulmaqdis untuk dimakamkan disamping ayahandanya Nabi Ishak a.s. dan nendanya Nabi Ibrahim a.s. &#8211; mengikut wasiatnya. Dari keturunan Nabi Ya\u2019qub (Bani Israel), Nabi Musa a.s. dihantar ke Mesir di mana berlakunya kisah yang terkenal dengan Firaun.\u00a0\u00a0 Lanjutannya, baginda diperintahkan untuk meninggalkan Mesir dengan para pengikutnya ke &#8216;tanah suci&#8217;. Akan tetapi, kaumnya menentang perintah Allah, lalu enggan mengikuti Nabi Musa a.s.. Allah menghukum mereka menjadi sesat di gurun Sinai selama empat puluh tahun. Nabi Harun a.s. mengikuti saudara lelakinya, Nabi Musa a.s. tetapi baginda wafat di Sinai dalam perjalanan mereka ke \u2018tanah suci\u2019.(Al-Quran 5:21). Menurut Nabi Muhammad SAW, ketika Nabi Musa a.s. hampir wafat, baginda<em>\u00a0memohon kepada Allah agar mendekatkannya ke Tanah Suci sejauh lemparan batu.\u00a0<\/em>\u00a0<em>Sabda Rasulullah SAW, \u2018Seandainya aku di sana, sungguh, pasti akan aku perlihatkan kepada kamu kuburannya di samping jalan dekat bukit merah.\u2019\u00a0<sup>2<\/sup>.<\/em>(H.R. al-Bukhari\u00a0no. 1339 dan\u00a0Muslim\u00a0no. 2372 dari Abu Hurairah\u00a0<em>r.a.<\/em>).\u00a0<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Ini menunjukkan betapa baginda begitu ingin berada dekat dengan Masjid al-Aqsa, tanah suci dan barakah. Selepas kematian Nabi Musa a.s., dan berakhirnya empat puluh tahun mereka sesat di padang pasir di mana majoriti atau semua orang yang enggan menyeberang ke tanah suci tersebut telah meninggal dunia, Nabi Yusya&#8217; a.s. membimbing generasi baru dan membawa mereka menyeberang ke tanah suci itu (Ahmad : H 8145).\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Nabi Muhammad SAW bersabda &#8220;Matahari tertahan dari terbenam hanya untuk Yusya\u2019 yang berjalan ke Baitulmaqdis&#8221;.<sup>3<\/sup>\u00a0Walaupun Nabi Yusya\u2019 a.s. tidak disebutkan dalam al-Quran, Nabi Muhammad SAW ada menceritakan tentangnya dalam satu hadis, &#8220;Seorang Nabi di antara para Nabi menjalankan ekspedisi ketenteraan yang suci dan berkata, &#8216;Wahai matahari, kamu berada di bawah perintah Allah dan aku di bawah perintah Allah, ya Allah, tahanlah matahari itu untukku agar tidak terbenam dulu!\u2019 Ianya tertahan sehingga Allah menganugerahkannya kemenangan\u00a0<sup>4<\/sup>. Dengan itu, Baitulmaqdis kembali kepada mereka yang beriman yang mengikuti para utusan itu dalam mentauhidkan Allah SWT.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\"><b><strong>Zaman Nabi Sulaiman a.s.<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Selepas Nabi Yusya\u2019 a.s., Al-Quran memberitahu kita tentang dua Nabi dari keturunan Bani Israel: Nabi Daud a.s. dan anaknya Nabi Sulaiman a.s. Pada masa itu, Masjid al-Aqsa perlu diubahsuai dan diperbaharui, maka Nabi Sulaiman a.s. memperbaharuinya sebagaimana disebutkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar r.a. katanya; &#8220;Apabila Sulaiman bin Daud selesai membina Jerusalem (Baitulmaqdis), dia berdo\u2019a kepada Allah Yang Maha Kuasa untuk tiga perkara: untuk memberi kepadanya suatu peraturan yang sesuai dengan kehendak Allah, sebuah kerajaan yang tidak akan pernah dicapai oleh sesiapa selepasnya, dan siapa saja yang datang ke Masjid ini hanya untuk bersolat, akan dikeluarkan darinya dosa-dosanya seperti pada saat dia dilahirkan. &#8221; Kemudian Nabi SAW bersabda &#8220;Dia diberi dua perkara ini, dan saya harap dia diberikan juga yang ketiga&#8221;.<sup>5<\/sup><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Sebenarnya, pembinaan masjid al-Aqsa oleh Nabi Sulaiman a.s. bukanlah pembinaan baru, ia hanyalah pembinaan semula dengan cara yang sama ianya diperbaharui sebelumnya oleh Nabi Ibrahim a.s. Al-Qurtubi memperincikan hal ini dalam penjelasannya tentang hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah : \u201cApakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: \u201cMasjid al-Haram\u201d, Abu Dzarr bertanya lagi: \u201ckemudiannya?\u201d, balas Rasulullah SAW: \u201cMasjid al-Aqsa\u201d. Abu Dzarr terus bertanya: \u201cBerapakah jarak (tempoh) di antara keduanya, balas Rasulullah SAW: \u201cempat puluh tahun, di mana sahaja kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)\u201d. Ini boleh menyebabkan salah faham bahawa Masjid al-Haram telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. sebagaimana disebutkan dalam al-Quran, dan Masjid al-Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman (as) seperti diriwayatkan dalam hadis, sedangkan terdapat waktu yang sangat lama antara zaman Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Sulaiman a.s., iaitu lebih daripada seribu tahun. Tetapi salah faham dapat dijelaskan kerana teks al-Quran dan al-Hadis menerangkan bahawa pembinaan yang dibuat oleh Nabi Sulaiman a.s. dan pembinaan Masjid al-Aqsa bukanlah pembinaan yang baru, ia hanya pembaharuan. (al-Qurtubi: al-Mufhim 2: 114-115).<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Sumber-sumber Islamik tidak memperincikan maklumat tentang Masjid al-Aqsa yang diperbaharui oleh Nabi Sulaiman a.s. dan maklumat yang ada kebanyakannya bergantung kepada sumber Torah dan Ibrani (merujuk kepada penjelasan yang berasal dari sumber bukan Islam dan terutama dari tradisi Yahudi) yang tidak mempunyai kebenaran mutlak. Kami percaya bahawa pembaharuan itu bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan yang diberikan kepada Nabi Sulaiman a.s. oleh Allah sebagaimana firmanNya:<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">&#8220;\u0648\u0644\u0633\u0644\u064a\u0645\u0627\u0646 \u0627\u0644\u0631\u064a\u062d \u063a\u062f\u0648\u0647\u0627 \u0634\u0647\u0631 \u0648\u0631\u0648\u0627\u062d\u0647\u0627 \u0634\u0647\u0631 \u0648\u0623\u0633\u0644\u0646\u0627 \u0644\u0647 \u0639\u064a\u0646 \u0627\u0644\u0642\u0637\u0631 \u0648\u0645\u0646 \u0627\u0644\u062c\u0646 \u0645\u0646 \u064a\u0639\u0645\u0644 \u0628\u064a\u0646 \u064a\u062f\u064a\u0647 \u0628\u0625\u0630\u0646 \u0631\u0628\u0647 \u0648\u0645\u0646 \u064a\u0632\u063a \u0645\u0646\u0647\u0645 \u0639\u0646 \u0623\u0645\u0631\u0646\u0627 \u0646\u0630\u0642\u0647 \u0645\u0646 \u0639\u0630\u0627\u0628 \u0627\u0644\u0633\u0639\u064a\u0631 (12) \u064a\u0639\u0645\u0644\u0648\u0646 \u0644\u0647 \u0645\u0627 \u064a\u0634\u0627\u0621 \u0645\u0646 \u0645\u062d\u0627\u0631\u064a\u0628 \u0648\u062a\u0645\u0627\u062b\u064a\u0644 \u0648\u062c\u0641\u0627\u0646 \u0643\u0627\u0644\u062c\u0648\u0627\u0628 \u0648\u0642\u062f\u0648\u0631 \u0631\u0627\u0633\u064a\u0627\u062a \u0627\u0639\u0645\u0644\u0648\u0627 \u0622\u0644 \u062f\u0627\u0648\u0648\u062f \u0634\u0643\u0631\u0627 \u0648\u0642\u0644\u064a\u0644 \u0645\u0646 \u0639\u0628\u0627\u062f\u064a \u0627\u0644\u0634\u0643\u0648\u0631 &#8220;[\u0633\u0628\u0623:\u00a012-\u00a013]<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">\u201cDan Kami kurniakan kepada Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, ia akan merasakan (pukulan) dari azab api neraka.\u201d (Al-Quran, 34: 12).\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\"><b><strong>Zaman Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., dan Nabi Isa a.s.<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Ramai para nabi telah mengikuti jejak Nabi Sulaiman a.s. ke Baitulmaqdis tetapi Al-Quran yang suci hanya menerangkan kita tentang tiga orang Nabi yang datang pada waktu yang sama yang sangat akrab pada tanah suci itu dan Masjid al-Aqsa. Mereka ialah, Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s., dan Nabi Isa a.s. Masjid al-Aqsa mempunyai peranan penting dalam kehidupan mereka dan usaha mereka membimbing kaum mereka supaya mentauhidkan Allah. Mereka tidak henti-henti berusaha membimbing dan memperbaiki umat mereka. Di samping itu, Masjid al-Aqsa ialah tempat biasa untuk mereka bertemuan dan beribadat. Kerana ia adalah perkara biasa di kalangan orang yang benar dari keturunan Israel, isteri Imran (ibu kepada Mariam) bersumpah bahawa anaknya yang akan lahir akan berkhidmat di Masjid al-Aqsa. Selepas dia melahirkan Mariam, Nabi Zakaria a.s. menjadi penjaganya dan memberikan tempatnya yang mulia di masjidil qsa untuk beribadat dan berkhidmat. Setelah itu, mukjizat yang terkenal iaitu menghamilkan Nabi Isa a.s., nabi terakhir yang diutuskan di Baitulmaqdis dan yang terakhir sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan<sup>1<\/sup>.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Isteri Nabi Zakaria a.s. melahirkan Nabi Yahya a.s. dan baginda hidup sezaman dengan Nabi Isa a.s. Mereka berdua berusaha bersungguh-sungguh untuk membimbing Bani Israil ke jalan yang benar. Terdapat hadis yang menyebutkan usaha yang mereka lakukan di Masjid al-Aqsa. Rasulullah SAW bersabda: (Sesungguhnya Allah memerintahkan Yahya bin Zakaria dengan lima perintah untuk dipatuhi, dan untuk memerintahkan Bani Israel untuk mematuhinya. Tetapi dia lambat melakukannya. Maka Isa berkata: &#8220;Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu dengan lima perintah untuk dipatuhi dan untuk memerintahkan Bani Israil untuk mematuhinya. Sama ada tuan memerintahkan mereka, atau aku akan memerintahkan mereka.\u201d Jadi, Yahya berkata: &#8216;Aku takut jika kamu mendahului aku ini, maka bumi akan menelanku, atau aku akan dihukum.&#8217; Oleh itu, baginda mengumpulkan orang di Baitulmaqdis, dan mereka memenuhi (Masjid) dan duduk di atas balkoni. Maka dia berkata: &#8220;Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada saya dengan lima perintah untuk dipatuhi dan memerintah kamu untuk mematuhinya \u2026)\u00a0<sup>1\u00a0\u00a0<\/sup>(Ahmad: 17541)<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Hadis menunjukkan pada zaman Nabi Isa a.s. sudah pun wujud Masjid al-Aqsa yang luas dan mempunyai penduduk, bahkan bangunan itu mempunyai balkoni-balkoni yang tinggi. Adalah penting untuk disebutkan bahawa tiada lagi nabi yang diutuskan setelah Nabi Isa a.s. sehinggalah apabila Yang Maha kuasa telah mengutuskan Nabi Muhammad (saw) untuk melengkapkan perjalanan para nabi sebelumnya dengan Masjid al-Aqsa. Dengan itu, kita dapat melihat bahawa Masjid al-Aqsa adalah berkaitan dengan Masjid al-Haram dari aspek seni bina, persejarahan dan agama. Oleh itu, kepentingannya semakin terserlah kerana ianya dibina oleh seorang nabi dan diperbaharui oleh nabi-nabi yang lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Di sinilah tempatnya di mana para Nabi telah berjuang dan menegakkan perintah Allah. Ia ialah tempat para Nabi menetap, hidup dan wafat.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">[1]\u00a0Ibn Taimia, Alfatawa 57\/257<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">[2]\u00a0Narrated by\u00a0Abu Huraira<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">[3]\u00a0Narrated by Ahmed<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">[4]\u00a0Narrated Abu Huraira<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">[5]\u00a0Narrated by Ahmad, Al-Nasa&#8217;i and Ibn Majah, and classed as \u2018Authentic\u2019 by al-Albani<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">[6]\u00a0Ibn Katheer:\u00a0Qasas alanbiaa<\/span><br \/>\n<span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">[7]\u00a0\u00a0Narrated Al-Harith Al-Ash&#8217;ar<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah pasti bahawa para Nabi sebelum ini telah memuliakan masjid suci ini terutamanya mereka yang tinggal atau menziarahi Baitulmaqdis, mengikuti jejak ayahanda mereka Nabi Adam a.s. yang membinanya dan beribadat kepada Allah di situ.\u00a0(Ibn Hisham:\u00a0At-Tijan Fi Molok Bani Hemiar: p22).<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2847,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"elementor_theme","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[104],"tags":[314,312],"class_list":["post-2952","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-al-aqsa-dalam-sejarah","tag-al-aqsa-dalam-sejarah","tag-sejarah-masjid-al-aqsa"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2952","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2952"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2952\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2847"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2952"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2952"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2952"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}