{"id":3039,"date":"2021-02-24T17:43:02","date_gmt":"2021-02-24T17:43:02","guid":{"rendered":"http:\/\/alqudsmalaysia-001-site4.itempurl.com\/?p=3039"},"modified":"2021-04-02T05:05:01","modified_gmt":"2021-04-02T05:05:01","slug":"hilwani-wanita-pertama-diusir-dari-masjid-al-aqsa-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/my\/3039","title":{"rendered":"Hilwani: Wanita Pertama diusir dari Masjid al-Aqsa"},"content":{"rendered":"<p><!-- VideographyWP Plugin Message: Automatic video embedding prevented by plugin options. --><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\"><b><strong>\u201cPenahanan dan pengusiran tidak akan menjejaskan kecintaan saya kepada Masjid al-Aqsa\u201d<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Beliau ialah wanita pertama yang diusir oleh rejim Zionis daripada Masjid al-Aqsa dan Kota al-Quds selama enam bulan. Di samping itu, nama beliau turut tersenarai di kedudukan pertama sebagai orang yang dihalang daripada memasuki Masjid al-Aqsa. Walaupun begitu, beliau tetap membulatkan tekadnya bahawa, jika rejim Zionis telah memutuskan untuk menghalaunya keluar daripada kiblat pertama umat Islam tersebut, beliau akan melaksanakan \u201cribat\u201d[1]\u00a0di salah satu pintu masuk ke Masjid al-Aqsa. Ini akan membolehkan beliau mencabar pihak musuhnya dengan cara meneruskan perjuangan mempertahankan maruah ummah.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\"><b><strong>Latar belakang<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Berusia 37 tahun, Hanadi Hilwani dilahirkan di Kota al-Quds and menetap di Wadi al-Joz, satu kejiranan di timur al-Quds. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kerja Sosial daripada Al-Quds Open University. Beliau juga dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengajian al-Quran daripada Jordanian Awqaf dan juga Persatuan Pemuliharaan al-Quran di Jordan.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\"><b><strong>Al-Aqsa adalah keutamaan<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Hanadi merupakan seorang isteri dan juga ibu kepada empat orang anak.\u00a0Walaupun beliau sangat mencintai dan mengasihi keluarganya, beliau tetap merasakan bahawa Masjid al-Aqsa adalah cinta pertamanya. Bahkan, ia telah menjadi keutamaan tertinggi dalam hidupnya. Beliau merasakan bahawa ia adalah sangat berbaloi untuk mengorbankan diri dan keluarganya untuk Masjid al-Aqsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Perjalanan kehidupan Hanadi bersama Masjid al-Aqsa bermula sejak di usia mudanya lagi.\u00a0Perjalanan ini juga menjadikan Masjid al-Aqsa sangat dekat dan utuh di hatinya. Sebagai ahli Persatuan al-Quran, beliau telah mengajar Kitabullah di Masjid al-Aqsa sejak tahun 2008 lagi. Hasil daripada usahanya itu, pada tahun 2010, berpuluh pelajar telah menerima Ijazah bersanad daripada beliau dalam bidang pengajian al-Quran.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\"><b><strong>Penahanan dan ancaman<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Semasa menceritakan berkenaan pengalamannya ditahan, Hanadi berkata \u201cSaya telah ditangkap lebih daripada 16 kali. Saya dipenjarakan sebanyak tiga kali: kali pertama adalah di sebuah penjara di Al-Moscobiye selama satu hari dan satu malam; kedua ialah di Penjara Ramleh selama 6 hari; ketiga juga ialah di Penjara Ramleh selama 7 hari. Sewaktu berada di dalam tahanan, saya telah disoalsiasat selama berpuluh jam. Ada kalanya, kaki dan tangan saya diikat menggunakan rantai besi. Tidak cukup dengan itu, saya juga dipindahkan daripada satu penjara ke penjara yang lain.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Saya telah diancam sejak kali pertama saya ditahan lagi. Mereka mengugut untuk mengusir saya ke Gaza atau ke Turki.\u00a0Mereka juga mengugut untuk memansuhkan insurans kesihatan dan perlindungan hayat saya disamping membatalkan kad pengenalan saya.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Semasa saya ditahan, mereka telah menghina saya dengan pelbagai kata-kata kesat. Saya juga telah beberapa kali dipaksa membuka tudung. Apabila saya enggan, saya dikurung berseorangan. Kejadian ini terjadi sewaktu kedua-dua penahanan saya di Penjara Ramleh. Pada waktu itu, saya diletakkan di dalam satu sel tahanan yang berbau sangat busuk dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia sama sekali. Sewaktu saya ditahan, rumah saya dipecah masuk, harta benda saya dimusnahkan, dan rejim Zionis merampas banyak alatan dan dokumen milik saya\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\"><b><strong>Diusir berulangkali<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Tidak terkira banyaknya keputusan pengusiran daripada Masjid al-Aqsa yang dijatuhkan ke atas Hanadi oleh rejim Zionis. Kali pertama beliau diusir ialah selama dua bulan; kali kedua selama 2 minggu; kali ketiga pula selama 3 minggu; setelah itu beliau menerima empat pengusiran di dalam tempoh sebulan ke tiga bulan. Pengusiran paling lama yang dijatuhkan ialah selama enam bulan pada dua tahun lepas.\u00a0Itulah kali pertama hukuman sedemikan dijatuhkan ke atas wanita dari Kota al-Quds.\u00a0Pengusiran itu pula diikuti oleh pengusiran daripada Kota al-Quds dalam tempoh yang sama.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Pada tahun 2015, namanya berada di kedudukan teratas dalam senarai orang yang dihalang memasuki Masjid al-Aqsa selama-lamanya. Rejim Zionis memanggil senarai ini sebagai \u201cSenarai Hitam\u201d manakala orang-orang Palestin memanggilnya sebagai \u201cSenarai Emas\u201d kerana senarai itu mengandungi nama-nama pejuang yang paling berani dalam mempertahankan Masjid al-Aqsa.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Walaupun begitu, Hilwani tetap tidak akur pada keputusan tersebut. Dia tetap berdiri di pinti-pintu Masjid al-Aqsa dan berdiam di kawasan yang paling hampir dengan Masjid al-Aqsa yang boleh dimasukinya. Beliau juga menghasilkan dan mengedarkan risalah-risalah dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu, beliau menjahit pakaian khas untuk para murabitah[2]\u00a0yang diusir, dan antara pakaian yang paling terkenal ialah \u201cSelendang Senarai Emas\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\"><b><strong>Ribat dan Kerinduan<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Murabitah yang berasal dari Kota Al-Quds ini berkata, \u201cAku memilih Bab Asselsela[3]<em>\u00a0<\/em>sebagai \u201ckubu\u201d bagi murabitah yang diusir untuk berhadapan dengan pihak musuh. Aku sengaja memilihnya kerana melalui pintu itulah para penduduk haram Israel dan pelancong keluar selepas memecah masuk ke dalam Masjid al-Aqsa. Dengan berdiri di Bab Asselsela, aku menyampaikan mesej kepada rejim Zionis bahawa kami tetap akan mempertahankan bumi kami dan Masjid al-Aqsa.\u00a0Kami tidak akan pernah sekali-kali menyerahkan hak kami tersebut\u201d.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt;\">Murabitah Hanadi tidak pernah menyembunyikan kesayuan hatinya melihat Masjid al-Aqsa dari jauh tanpa dapat mendirikan solat di dalam perkarangan masjid tersebut. Walaupun beliau terpaksa memendam keperitan akibat kerinduannya untuk mendirikan solat dan mengajar al-Quran di dalam Masjid al-Aqsa, beliau tetap percaya bahawa kezaliman tidak akan sekali-kali berkekalan. Beliau juga meyakini kepentingan mengekang keputusan kejam rejim Zionis dengan kekuatan haq dan keimanan.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 12pt;\">[1]\u00a0Perbuatan berada di sesuatu tempat dengan tujuan untuk mempertahankannya dari serangan musuh.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 12pt;\">[2]\u00a0Murabitah (\u0627\u0644\u0645\u0631\u0627\u0628\u0637\u0629) adalah gelaran bagi sukarelawan wanita yang menjaga kesucian Masjid Al-Aqsa dan perkarangannya dari pencerobohan Zionis.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 12pt;\">[3]\u00a0Salah satu pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa.<\/span><\/p>\n<div id=\"gtx-trans\" style=\"position: absolute; left: 126px; top: 124px;\">\n<div class=\"gtx-trans-icon\"><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beliau ialah wanita pertama yang diusir oleh rejim Zionis daripada Masjid al-Aqsa dan Kota al-Quds selama enam bulan. Di samping itu, nama beliau turut tersenarai di kedudukan pertama sebagai orang yang dihalang daripada memasuki Masjid al-Aqsa.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":674,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"elementor_theme","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[92],"tags":[340],"class_list":["post-3039","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pelindung-al-aqsa","tag-hanadi-hilwani-my"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3039","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3039"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3039\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/media\/674"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3039"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3039"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3039"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}