{"id":3098,"date":"2021-02-26T18:34:07","date_gmt":"2021-02-26T18:34:07","guid":{"rendered":"http:\/\/alqudsmalaysia-001-site4.itempurl.com\/?p=3098"},"modified":"2022-06-10T08:34:45","modified_gmt":"2022-06-10T08:34:45","slug":"perjalanan-israk-mikraj","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/my\/3098","title":{"rendered":"Perjalanan Israk Mikraj"},"content":{"rendered":"<p><!-- VideographyWP Plugin Message: Automatic video embedding prevented by plugin options. --><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><strong><span style=\"font-family: georgia, palatino, serif; font-size: 14pt; color: #3366ff;\"><em>Oleh: <\/em>Dr. Sharif Abu Shammalah<br \/>\nCEO of al-Quds Foundation Malaysia<\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Al-Israk wa al-Mikraj merupakan peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW. serta sejarah penyebaran Islam. Perjalanan ini berlaku pada 27hb Rejab setahun sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Kejadian ini merupakan antara mukjizat agung Allah SWT kepada Rasulullah SAW.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Israk merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di al-Quds. Sepanjang pejalanan ini, Rasulullah SAW menunggang Buraq, iaitu sejenis haiwan yang mampu menyingkatkan waktu perjalanan antara kedua-dua masjid, dan diiringi oleh Malaikat Jibril. Manakala Mikraj pula merujuk kepada perjalanan selepas Israk, yakni tatkala Nabi diangkat ke langit bersama Malaikat Jibril sehingga ke \u2018Sidratul Muntaha\u2019.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Perjalanan ini merupakan salah satu daripada keajaiban yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Perjalanan Israk dan Mikraj didahului oleh waktu kedukaan yang teramat sangat yang dialami oleh Rasulullah SAW Ketika itu, bapa saudara merangkap penjaga baginda, Abu Talib, telah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, wafat pula Khadijah binti Khuwailid, iaitu isteri Nabi dan insan yang paling dikasihi baginda. Sepeninggalan Abu Talib, golongan Quraisy lantas meningkatkan serangan mereka terhadap Rasulullah kerana bapa saudaranyalah yang telah memberi baginda perlindungan. Natijah daripada hal ini, Rasulullah SAW berusaha untuk mencari perlindungan di Taif, namun penduduk Taif menyambut baginda dengan lontaran batu-batu. Ini hanya menambahkan lagi duka baginda sehingga tahun tersebut digelar sebagai \u201cTahun Kesedihan\u201d.\u00a0 Maka, Allah SWT dengan kekuasaan-Nya memberi penawar kepada derita Rasulullah dengan peristiwa ajaib dan agung, iaitu Israk dan Mikraj, dan daripadanya azam dan kekuatan baginda untuk teguh mengharungi kesukaran dalam menyebarkan risalah Islam kembali meningkat.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Secara ringkasnya, sewaktu Rasulullah sedang lena di Hijr Ismail di Masjid al-Haram, Jibril telah mendatanginya dan mengejutkan baginda untuk membawanya ke Masjid al-Aqsa dengan menaiki Buraq, yang disifatkan oleh baginda sebagai \u201chaiwan yang panjang dan putih, besar sedikit daripada keldai, tetapi kecil sedikit daripada keldai kacukan kuda, (dan) setiap langkahnya sejauh mata memandang. Aku menaikinya sehingga sampai ke al-Quds, Baitulmaqdis. Di sana, aku mengikatnya pada (tiang) yang sama digunakan oleh rasul-rasul (sebelumku).\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Di Masjid al-Aqsa, Rasulullah telah berjumpa dengan para rasul sebelumnya yang lain dan mengimami mereka dalam solat. Kemudian, Jibril membawanya sebekas arak dan sebekas susu, dan baginda memilih yang kedua. Jibril lantas berkata, \u201cEngkau telah memilih fitrah, dan membimbing umatmu dan mengharamkan arak.\u201d<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Oleh yang demikian, dapat kita ketahui bahawa Masjid al-Aqsa telah menyaksikan salah satu peristiwa yang terpenting dalam sejarah risalah Islam, iaitu perintah kefarduan solat di samping berkumpulnya para rasul pada malam tersebut sebagai makmum Rasulullah SAW yang melambangkan bai\u2019ah (sumpah) kepada Rasulullah SAW Selanjutnya, berlakunya Mikraj dari Masjid al-Aqsa ke langit ketujuh, di mana Rasulullah menerima firman yang memfardukan solat bagi orang-orang Islam. Perjalanan penuh Nabi SAW ketika peristiwa Mikraj juga penuh dengan keajaiban-keajaiban lain yang diperincikan dalam pelbagai hadis.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Perjalanan itu secara keseluruhan telah mengambil masa kurang daripada satu malam. Rasulullah telah pulang ke kamar pada malam yang sama dan pada paginya, baginda memberitakan kepada orang ramai tentang perkara yang telah berlaku. Walau bagaimanapun, khabar baginda ini telah membahagikan orang ramai kepada dua: mereka yang membenarkannya kalamnya dan mereka yang menolaknya. \u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Dr. Mustafa Siba\u2019ie telah berkata bahawa wujud rahsia yang pelbagai dalam perjalanan Israk dan Mikraj, dan sebahagian daripadanya berkait rapat dengan Masjid al-Aqsa. Beliau telah berkata, \u201cIa mengaitkan isu al-Aqsa dan apa yang berada di sekitarnya [Palestin] dengan dunia Islam. Palestin telah menjadi, selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW, sebagai pusat dunia Islam dan kesatuan orang Islam sejagat. Oleh itu, usaha mempertahankan Palestin itu sama dengan membela Islam itu sendiri. Ia adalah tanggungjawab semua orang Islam di dunia, dan melepaskan tanggungjawab ini sama seperti melepaskan sebahagian daripada Islam; suatu dosa yang dijanjikan azab Allah sekiranya mereka tidak bersungguh-sungguh membebaskan dan mempertahankan Palestin, lebih-lebih lagi sekiranya mereka mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\"><b><strong>Penekanan kepada hubung kait antara Masjid al-Haram dengan Masjid al-Aqsa<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Perjalanan Israk dan Mikraj mengenengahkan kaitan Masjid al-Haram dengan Masjid al-Aqsa. Akan tetapi, hubungan antara kedua-dua masjid ini hakikatnya telah terbentuk semenjak zaman Adam AS dan keluarganya. Hal ini jelas ditunjukkan dalam hadis daripada Abu Zar al-Ghifari, tatkala beliau bertanya kepada Nabi SAW: \u201cYa Rasulullah, masjid manakah yang terawal dibina di atas muka bumi ini?\u201d Jawab Rasullullah SAW, \u201cMasjid al-Haram\u201d. Seterusnya Abu Zar bertanya lagi, \u201cKemudian apa?\u201d Jawab Rasulullah SAW, \u201cMasjid al-Aqsa\u201d. Abu Zar kemudian bertanya lagi, \u201cBerapakah tempoh antara pembinaan kedua-dua masjid itu?\u201d Jawab Rasulullah SAW, \u201c40 tahun\u201d\u201d. [Sahih al-Bukhari].<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Hubung kait ini sekali lagi dicerminkan di dalam kitab suci al-Quran, apabila Allah SWT berfirman, {Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui}[al-Isra\u2019:1]<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\"><b><strong>\u0633\u064f\u0628\u0652\u062d\u0670\u0646\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0652 \u0623\u064e\u0633\u0652\u0631\u0670\u0649 \u0628\u0650\u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u0650\u0647\u0650 \u0644\u064e\u064a\u0652\u0644\u0627\u064b \u0645\u0650\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u0640\u0645\u064e\u0633\u0652\u062c\u0650\u062f\u0650 \u0627\u0644\u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0625\u0650\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0640\u0645\u064e\u0633\u0652\u062c\u0650\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0623\u0642\u0635\u0649 \u0627\u0644\u0630\u064a \u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u0652\u0646\u064e\u0627 \u062d\u064e\u0648\u0652\u0644\u064e\u0647\u064f<\/strong><\/b><b><strong>\u00a0(\u0627\u0644\u0625\u0633\u0631\u0627\u0621:1).<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Kaitan antara kedua-dua masjid ini tidak terhenti pada perjalanan Israk dan Mikraj sahaja, bahkan ia dimanifestasikan dalam bentuk ibadah yang terutama di dalam Islam \u2013 Solat \u2013 sewaktu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menjadikan Masjid al-Aqsa sebagai arah qiblat yang pertama dalam peristiwa Hijrah. Hal ini berterusan selama 16 bulan, sehingga tiba perintah kedua untuk menukar arah kiblat menghala ke Masjid al-Haram yang termaktub di dalam ayat suci al-Quran {Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah wajahmu ke arah Masjid al-Haram; dan dimana saja kamu berada maka hadapkanlah wajahmu ke arahnya\u2026}<b><strong>\u00a0<\/strong><\/b>[al-Baqarah:144]<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\"><b><strong>\u0642\u064e\u062f\u0652 \u0646\u064e\u0631\u064e\u0649\u0670 \u062a\u064e\u0642\u064e\u0644\u0651\u064f\u0628\u064e \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u0650\u0643\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0633\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627\u0621\u0650 \u06d6 \u0641\u064e\u0644\u064e\u0646\u064f\u0648\u064e\u0644\u0650\u0651\u064a\u064e\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u0642\u0650\u0628\u0652\u0644\u064e\u0629\u064b \u062a\u064e\u0631\u0652\u0636\u064e\u0627\u0647\u064e\u0627 \u06da \u0641\u064e\u0648\u064e\u0644\u0650\u0651 \u0648\u064e\u062c\u0652\u0647\u064e\u0643\u064e \u0634\u064e\u0637\u0652\u0631\u064e \u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0633\u0652\u062c\u0650\u062f\u0650 \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0631\u064e\u0627\u0645\u0650 \u06da \u0648\u064e\u062d\u064e\u064a\u0652\u062b\u064f \u0645\u064e\u0627 \u0643\u064f\u0646\u062a\u064f\u0645\u0652 \u0641\u064e\u0648\u064e\u0644\u0651\u064f\u0648\u0627 \u0648\u064f\u062c\u064f\u0648\u0647\u064e\u0643\u064f\u0645\u0652 \u0634\u064e\u0637\u0652\u0631\u064e\u0647\u064f \u06d7 \u0648\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e \u0627\u0644\u0651\u064e\u0630\u0650\u064a\u0646\u064e \u0623\u064f\u0648\u062a\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0643\u0650\u062a\u064e\u0627\u0628\u064e \u0644\u064e\u064a\u064e\u0639\u0652\u0644\u064e\u0645\u064f\u0648\u0646\u064e \u0623\u064e\u0646\u0651\u064e\u0647\u064f \u0627\u0644\u0652\u062d\u064e\u0642\u0651\u064f \u0645\u0650\u0646 \u0631\u0651\u064e\u0628\u0650\u0651\u0647\u0650\u0645\u0652 \u06d7 \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u064f \u0628\u0650\u063a\u064e\u0627\u0641\u0650\u0644\u064d \u0639\u064e\u0645\u0651\u064e\u0627 \u064a\u064e\u0639\u0652\u0645\u064e\u0644\u064f\u0648\u0646\u064e (\u0627\u0644\u0628\u0642\u0631\u0629:144).<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Para ulama\u2019 telah berpendapat bahawa hubungan antara kedua-dua masjid tersebut sepatutnya meyakinkan umat Islam bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa itu tanggungjawab bersama. Para ulama\u2019 juga menegaskan bahawa perkaitan ini perlu menjadikan umat Islam sejagat sedar bahawa ancaman terhadap kesucian Masjid al-Aqsa itu juga ancaman terhadap kesucian Masjid al-Haram itu sendiri, dan penaklukan Masjid al-Aqsa itu sama seperti penaklukan Masjid al-Haram itu sendiri. Masjid al-Aqsa itu pintu gerbang kepada Masjid al-Haram; sekiranya al-Aqsa tewas ditakluk tangan-tangan Yahudi, maka kesucian Masjid al-Haram dan wilayah Hijaz keseluruhannya akan turut terancam.<\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\"><b><strong>Keutamaan Mikraj kepada Masjid al-Aqsa<\/strong><\/b><\/span><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400; text-align: justify;\"><span style=\"font-size: 14pt; font-family: georgia, palatino, serif;\">Mikraj Nabi Muhammad SAW ke langit dari bumi al-Aqsa dan penurunannya merupakan dalil bahawa Masjid al-Aqsa itu pintu di antara langit dan bumi, dan ia mencerminkan keutamaan Masjid al-Aqsa keatas sekalian umat Islam. Sebelum ini, tentera Salib telah menakluk Masjid al-Aqsa susulan kegelojohan mereka. Mereka yakin bahawa Masjid al-Aqsa itu, atas kunci tujuannya adalah sebagai pemelihara kesucian Masjid al-Haram, iaitu merupakan gerbang umat Islam yang membela identiti Muslimin dan mempertahankan negara Islam.<\/span><\/p>\n<div id=\"gtx-trans\" style=\"position: absolute; left: -13px; top: 74px;\">\n<div class=\"gtx-trans-icon\"><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Al-Israk wa al-Mikraj merupakan peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW. serta sejarah penyebaran Islam. Perjalanan ini berlaku pada 27hb Rejab setahun sebelum penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3096,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"elementor_theme","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[110],"tags":[],"class_list":["post-3098","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-al-aqsa-dalam-islam"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3098","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3098"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3098\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3096"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3098"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3098"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/staging.aqsapedia.net\/staging\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3098"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}